Perkhidmatan

Pendaftaran Ahli
Keahlian Perpustakaan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah terbuka kepada:
Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam SAHAJA.

Permohonan ISBN dan ISSN
International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan.
International Standard Serial Number (ISSN) merupakan nombor yang mengandungi lapan angka digunakan bagi penerbitan bahan terbitan berkala atau bersiri sementara International Standard Book Number (ISBN) digunakan bagi bahan terbitan tidak berkala.
Perpustakaan JPA memberikan perkhidmatan untuk membantu mana-mana Bahagian untuk mendapatkan nombor ISBN/ISSN bagi setiap penerbitan JPA yang akan diterbitkan melalui Perpustakaan Negara Malaysia yang dilantik sebagai Pusat Kebangsaan yang mengeluarkan ISBN/ISSN.

Pinjaman
Sebanyak 6 bahan perpustakaan boleh dipinjam pada suatu masa. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:
Bahan | Tempoh Pinjaman |
Buku | 1 Bulan |
Majalah / Laporan Tahunan | 1 Minggu |
Buku Rujukan Peperiksaan | 3 Hari |
Warta Kerajaan / Akta | 1 Minggu |
Suratkhabar | 3 Hari |
Pekeliling-pekeliling dan tesis adalah untuk rujukan sahaja.

Rujukan
Pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada secara hadir ke perpustakaan, emel atau telefon.

Pinjaman Antara Perpustakaan
Perpustakaan JPA menyediakan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP). Melalui perkhidmatan ini warga JPA boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain melalui perpustakaan JPA tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.

Perkhidmatan Kesedaran Semasa
- Edaran Senarai Buku Baru
- Edaran Halaman Kandungan Majalah

Salinan Fotokopi
Pengguna boleh membuat salinan fotokopi 10 helaian pertama secara percuma untuk kegunaan rasmi jabatan.
* Bagi salinan yang melebihi 10 muka surat, anda diminta membuat salinan di Unit Dokumentasi.

Perkhidmatan Internet
Pembaca boleh mengakses internet melalui komputer yang disediakan di Perpustakaan JPA untuk mendapatkan maklumat bagi membantu penyelidikan mereka.

Pangkalan Data Secara Atas Talian
Perpustakaan JPA sebagai ahli Konsortium Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi kemudahan kepada warga JPA untuk mengakses pangkalan data Emerald, dan JSTOR secara atas talian.

Program Galakan Membaca
Program Galakan Membaca anjuran Unit ini diadakan 2 kali setahun. Program ini bertujuan memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak warga JPA. Sesi ini kerapkali diadakan pada musim cuti sekolah. Acara untuk program ini termasuklah sesi bercerita, menyanyi bersama, pertunjukan boneka, pertandingan mewarna, melukis, deklamasi sajak, bercerita dan sebagainya.

Sudut Kanak-Kanak
Sudut Kanak-kanak adalah satu sudut khas yang disediakan bagi memudahkan para pegawai JPA meninggalkan anak-anak mereka buat sementara waktu ketika mereka sedang bekerja. Di sudut ini, anak-anak boleh membaca pelbagai buku menarik yang disediakan untuk menggalakkan amalan budaya membaca.