Peraturan Perpustakaan JPA

Untuk menjaga keselesaan dan keharmonian perpustakaan serta melancarkan pentadbirannya, pengguna adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan perpustakaan semasa di perpustakaan.

Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan barang persendirian yang ditinggalkan di luar atau di dalam perpustakaan.

Syarat-Syarat Semasa di Perpustakaan:

  • Tanda nama / pas keselamatan hendaklah sentiasa dipakai semasa di perpustakaan.
     
  • Barang-barang persendirian tidak dibenarkan bawa masuk kecuali peralatan tulis.
     
  • Tidak dibenarkan tidur, membuat gangguan, makan / minum dan merokok.
     
  • Warga JPA perlu menjamin keselamatan bahan perpustakaan dan tidak merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti membuat catatan dan sebagainya.
     
  • Bahan perpustakaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas troli.
     
  • Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan tidak boleh dipinjam untuk sementara waktu tetapi pengguna boleh menempahnya di kaunter pinjaman atau secara atas talian.
     
  • Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.
     
  • Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.