Perkhidmatan Perpustakaan JPA

Pinjaman

Sebanyak 6 bahan perpustakaan boleh dipinjam pada suatu masa. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:

Bahan Tempoh Pinjaman
Buku 1 Bulan
Majalah / Laporan Tahunan 1 Minggu
Buku Rujukan Peperiksaan 3 Hari
Warta Kerajaan / Akta 1 Minggu
Suratkhabar 3 Hari


Pekeliling-pekeliling dan tesis adalah untuk rujukan sahaja.

Rujukan

Pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada secara lisan, bertulis atau telefon.

Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan

Membolehkan warga JPA membuat pinjaman dari perpustakaan lain melalui Perpustakaan JPA dan juga membenarkan perpustakaan lain meminjam bahan dari Perpustakaan JPA.

Perkhidmatan Kesedaran Semasa

  • Edaran Senarai Buku Baru
  • Edaran Halaman Kandungan Majalah

Salinan Fotokopi

Pengguna boleh membuat salinan fotokopi 10 helaian pertama secara percuma untuk kegunaan rasmi jabatan.
* Bagi salinan yang melebihi 10 muka surat, anda diminta membawa kertas sendiri.

Perkhidmatan Internet

Pembaca boleh mengakses internet melalui komputer yang disediakan di Perpustakaan JPA untuk mendapatkan maklumat bagi membantu penyelidikan mereka.

Pangkalan Data Secara Atas Talian

Perpustakaan JPA sebagai ahli Konsortium Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi kemudahan kepada warga JPA untuk mengakses pangkalan data Emerald, dan JSTOR secara atas talian. 

Program Galakan Membaca

Program Galakan Membaca anjuran Unit ini diadakan 2 kali setahun. Program ini bertujuan memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak warga JPA. Sesi ini kerapkali diadakan pada musim cuti sekolah. Acara untuk program ini termasuklah sesi bercerita, menyanyi bersama, pertunjukan boneka, pertandingan mewarna, melukis, deklamasi sajak, bercerita dan sebagainya.

Sudut Comel

Sudut Comel adalah satu sudut khas yang disediakan di satu sudut di dalam Unit Perpustakaan bagi memudahkan para pegawai JPA meninggalkan anak-anak mereka buat sementara waktu ketika mereka sedang bekerja. Di sudut ini,  anak-anak boleh membaca pelbagai buku kanak-kanak menarik yang disediakan dengan harapan dapat memupuk minat mereka kepada aktiviti membaca. Ibu bapa tidak perlu risau akan keadaan & keselamatan anak mereka di sini kerana mereka akan dipantau & diselia oleh Abang M. Shaffuan & Kakak Aida, pegawai perpustakaan yang bertugas.