Polisi Perpustakaan JPA
Pengguna Perpustakaan JPA juga tertakluk kepada polisi-polisi seperti berikut:
- Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. Bahan perpustakaan yang dirosakkan / hilangkan oleh peminjam akan dikenakan bayaran sebagai gantian bahan tersebut mengikut kadar semasa termasuk 10% untuk kos prosesan.
- Bahan yang dipinjam TIDAK BOLEH dipindah milik.
- Bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan apabila diminta walaupun tempoh pinjaman belum tamat.
- Perpustakaan JPA membenarkan institusi lain yang ingin menggunakan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan membuat pinjaman maksimum 2 buah buku bagi tempoh 2 minggu.
- Pembaharuan bahan dibenarkan adalah sebanyak 3 kali sahaja ( jika tiada penempahan daripada pengguna lain).
- Pembaharuan TIDAK DIBENARKAN bagi bahan rujukan peperiksaan.