Polisi Perpustakaan JPA

Pengguna Perpustakaan JPA juga tertakluk kepada polisi-polisi seperti berikut:

  • Peminjam bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam. Bahan perpustakaan yang dirosakkan / hilangkan oleh peminjam akan dikenakan bayaran sebagai gantian bahan tersebut mengikut kadar semasa termasuk 10% untuk kos prosesan.
     
  • Bahan yang dipinjam TIDAK BOLEH dipindah milik.
     
  • Bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan apabila diminta walaupun tempoh pinjaman belum tamat.
     
  • Perpustakaan JPA membenarkan institusi lain yang ingin menggunakan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan membuat pinjaman maksimum 2 buah buku bagi tempoh 2 minggu.
     
  • Pembaharuan bahan dibenarkan adalah sebanyak 3 kali sahaja ( jika tiada penempahan daripada pengguna lain).
     
  • Pembaharuan TIDAK DIBENARKAN bagi bahan rujukan peperiksaan.