| Bibliography: | Buku ini mencetuskan idea-idea dinamik, kritikal dan futuristik dalam merancang serta menangani pelbagai isu dan permasalahan pembangunan sumber manusia di Malaysia. Sumber manusia bukan sahaja merupakan aset terpenting kepada pembangunan negara tetapi menjadi tenaga penggerak kepada perubahan masyarakat dan negara. Pembangunan sumber manusia perlu mengambil kira usaha dan strategi ke arah rombakan kerjaya dan menyediakan peluang-peluang baru dalam kerjaya bagi membentuk masyarakat Malaysia yang progresif dan dinamik. Pengurusan sumber manusia perlu merintis perubahan baru menjadikan sumber manusia sebagai modal insan yang kreatif, inovatif, dinamik, berkemahiran dan berpengetahuan. |