| Bibliography: | Memaparkan konsep dan operasi takaful sistem insurans Islam di Malaysia yang kini sudah berusia lebih 20 tahun. Pengenalan sistem takaful pada tahun 1984 telah menjadi titik tolak ke arah melengkapkan sistem kewangan Islam secara keseluruhannya. Sejak itu sektor takaful terus berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat-Islam dan bukan Islam. Penerapan konsep tabarru al-Mudharabah dan al-Wikalah, perjalanan operasi yang berlandaskan syarak, dan skop produk yang memenuhi keperluan semasa telah menarik minat masyarakat untuk menyertai sistem insurans Islam ini. |