| 504 |
0 |
0 |
|a Tujuan utama buku ini diterbitkan ialah bagi memudahkan para pembaca menyemak kembali pelbagai kejadian yang berlaku. Ianya diselenggarakan dengan mengutip kembali tarikh-tarikh dan peristiwa penting dari pelbagai sumber bagi mengisi minda para pembaca dengan maklumat yang bermanfaat. Jim Farley telah mengatakan bahawa orang pada amnya adalah lebih berminat dengan nama dan peristiwa yang ada kaitan dengan dirinya sendiri berbanding dengan kumpulan semua nama dan peristiwa lain di dunia ini. Ingatlah semua itu dan sebutkannya dengan senang, dan anda secara tidak langsung memberi suatu penghargaan kepada perkara tersebut. Tetapi, dengan melupakan perkara-perkara itu, anda telah meletakkan diri anda dalam kesukaran. Buku 365 Hari Dalam Sejarah ini amat wajar dihayati oleh para pembaca terutama pelajar sekolah menengah, kolej, universiti, guru-guru dan sesiapa sahaja yang cintakan ilmu. Semoga buku ini dapat dijadikan bahan rujukan yang amat berguna.
|