| Bibliography: | Buku Pembangunan Modal Insan: Koleksi Ucapan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi/The Development of Human Capital: Collection of Speeches by Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memuatkan koleksi teks ucapan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia semenjak mula memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Kelima pada 1 November 2003 hingga Mei 2005. Teks ucapan yang dipilih dalam buku ini merangkumi empat kategori yang menjadi tonggak kepada idea dan pemikiran Y.A.B. Perdana Menteri dalam usaha beliau untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dalam sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Empat tonggak pemikiran tersebut ialah pembangunan modal insan, penyampaian perkhidmatan, Islam Hadhari dan peranan negara dalam isu-isu global. |