| Bibliography: | Kajian menunjukkan hasilan seorang pekerja cemerlang adalah berlipat ganda daripada hasilan pekerja bermasalah. Memandangkan begitu pentingnya memperbanyakkan pekerja-pekerja cemerlang, buku pekerja cemerlang dihasilkan khas untuk memberi panduan kepada pekerja ke arah mencapai kecemerlangan kerja demi pembangunan diri, syarikat dan negara. Buku pekerja cemerlang cuba membentangkan konsep, alat, proses and amalan ke arah menjadi pekerja cemerlang. Ia memberi petunjuk bagaimanakah pekerja dapat menjadi pekerja cemerlang melalui proses perubahan diri yang berterusan. Buku ini juga cuba menggalakkan organisasi berubah ke arah menjadi syarikat yang lebih sihat agar ia menjadi tempat melahirkan pekerja-pekerja cemerlang. Ia juga memberi formula kejayaan pekerja dan organisasi untuk membantu kedua-dua pihak mempertingkatkan tahan pencapaian. |