| Bibliography: | Keterbiasaan dengan konsep pembangunan Barat menyebabkan kita sering mensinonimkan konsep pembangunan dengan pembangunan ekonomi. Disebabkan keterbiasaan ini masyarakat Islam tidak melihat aspek keagamaan, kemanusiaan, nilai dan lain-lain sebagai elemen-elemen yang perlu diambil kira di dalam konsep pembangunan. Inilah yang cuba diketengahkan oleh buku Pembangunan dari Perspektif Islam. Hakikatnya, konsep pembangunan Islam yang mengambilkira semua aspek kehidupan manusia, jika dipraktikkan di dalam kehidupan sekarang, sudah pasti dapat mengurangkan konflik-konflik yang timbul hasil pembangunan Barat. |