| Bibliography: | Solat yang terbaik bukan hanya ibadah spiritual yang memerlukan kehadiran hati yang khusyuk semata-mata.Ia adalah aktiviti ritual yang melibatkan fizikal dan mental yang memerlukan kehadiran minda.Solat dengan hati yang khusyuk dan minda yang fokus adalah solat yang terbaik.Inilah yang dinamakan solat smart.Solat smart tidak hanya menjanjikan kesihatan jiwa dan fizikal manusia, bahkan ia juga merangsang pelbagai bentuk kecerdasan dalam diri manusia.Kesannya, kecerdasan yang dibangunkan oleh soalt smart dapat membantu kita menggapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. |