| Bibliography: | Buku INSTITUSI KELUARGA MENGHADAPI CABARAN ALAF BARU membincangkan krisis kefungsian institusi keluarga yang berhadapan dengan pengaruh dan cabaran baru yang memerlukan kemahiran dan pendidikan keibubapaan dipertingkatkan.Buku ini juga menganalisis secara kritikal isu berkaitan dengan resiliensi keluarga dan integriti institusi keluarga yang semakin tergugat disebabkan kelemahan peranan keibubapaan dan pelbagai pengaruh lain yang menggugat fungsi institusi ini.Selain daripada konflik dalaman yang wujud, institusi keluarga juga berhadapan dengan kelemahan dari segi stail kepimpinan ibu bapa, fungsi sosialisasi dan pendidikan yang lemah, perkembangan sahsiah, moral dan nilai anak-anak, masalah tingkah laku dan salah laku remaja. |