| Bibliography: | Anak-anak dilahirkan ke dunia ini sebagai pemimpin yang hebat. Bagi menjadi pemimpin, Tuhan membekalkan anak-anak kita akal yang sempurna, bakat, kebolehan serta keupayaan yang luar biasa. Tugas ibu bapa adalah mencari dan membongkar semua potensi kehebatan ini. Apabila mereka gagal, yakinlah itu bukan dirinya yang sebenar. Buku ini membongkar tip-tip dan panduan bagi mendidik anak cara positif dan praktikal.. Turut memuatkan kajian kes dan kisah keibubapaan yang memberikan inspirasi kepada semua ibu bapa. |