| Bibliography: | Kisah-kisah mereka yang menunaikan fardu haji sentiasa menarik minat terutamanya kepada saudara-mara dan shaabat handai. Malah ia seringkali membawa bersama perasaan keinsafan yang cukup berkesan. Penulis secara sepenuh perasaan berjaya merakamkan detik-detik bersejarah sebelum, semasa dan selepas menunaikan Rukun Islam kelima dalam sebuah buku yang menarik. Penulis juga mengutarakan pelbagai idea bernas yang sama sekali bukan ortodoks yang sepatutnya dapat dijadikan asas bagi mengubah pemikiran dan kaedah lama umat Islam dalam amalan haji. Pembaharuan atau ijtihad seperti ini sebenarnya dapat menjadi pencetus kepada perubahan pada imej orang Islam. |