| Bibliography: | Amalan berdoa merupakan senjata yang paling ampuh bagi umat Islam dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Doa mempunyai pengertian meminta atau memohon sesuatu yang baik daripada Allah dengan menggunakan bahasa yang dibolehkan dan adab-adab yang sesuai dengan ketentuan syarak. Berselawat, berzikir dan wirid juga merupakan khazanah kemuliaan dan keberkatan bagi umat Islam yang ingin mengamalkan. Selawat terhadap Rasullah SAW akan menghasilkan limpahan rahmat yang dianugerahkan Allah terhadap hamba yang melakukannya. Begitu juga amalan zikir dan wirid akan menghiasi diri dan nurani sehingga menjadi bersih bercahaya. Buku ini mengandungi hizib dan doa keperluan orang Islam serta khasiat ayat-ayat Quran, rahsia Asmaul Husna, amalan-amalan murah rezeki yang membawa berkat di dunia dan akhirat. |